im aisyah amirah ♥ . tenkiu foe viewing . komeng2 laa kay ♥ do be my follower please (: tenkiu . tenkiu n tenkiu ♥

28 July 2011

Ahlan Wasahlan ya , Ramadhan


Sudah terlalu lama rasanya manusia mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang atas rahmat-Nya . Namun demikian , masih ada kepincangan dlm diri di mana terdapat juga manusia yg kian trhanyut dek arus kemodenan yg penuh dgn aktivitis duniawi semata-mata . Bagi golongan yg beriman psti sgt merindui Ramadhan yg penuh dgn keberkatan ini . Sehinggakan mereka memohon supaya bulan Ramadhan ini dpt dilalui sepanjang tahun . Mengapa ? Kerana mereka megetahui bahawa betapa bnyaknya nikmat yg dijanjikan Allah kpd umatnya yg sentiasa melakukan ibadat tnpa rasa jemu dan bosan .

Allah telah berfirman dlm Surah Al-Baqarah,ayat 183 :

 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ 
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,

 Di sini aisyah mengambil kesempatan utk brkongsi dgn saudara serta saudari sekalian tentang kelebihan pada Bulan Ramadhan ini yg tidak terdapat pada lain2 bulan . iatitu Malam Lailatulqadar . Hari ini pasti merupakan hari yg sgt2 dinantikan oleh seorang muslim yg mukmin kerana terdapat bnyak kelebihan dan kebaikannya yg tersirat .

Lailatul Qadar adalah merupakan satu hadiah Allah kepada kita, umat Nabi Muhammad s.a.w sahaja .  Ia adalah malam yang paling tinggi kedudukannya dalam Islam. Malam ini diturunkan atau dijadikan Allah untuk meningkatkan kedudukan atau pangkat manusia kerana siapa yang bertemu dengannya dalam keadaan melakukan apa jua ibadat atau memikirkan kebesaran Allah, dia mendapat pahala seperti beribadat selama 1000 bulan atau 84 tahun . Lihatlah , betapa besarnya nikmat yg Allah berikan kpd kita . Hanya dgn mentaatinya dan beribadat kepada-Nya , kita sudah dijanjikan pahala drpd-Nya .

Namun , bukanlah suatu perkara yg mudah utk kita merasai nikmat ini . Kita haruslah berusaha mencarinya . JANGANLAH kita hanya mengharapkan amal2 kita yg sekarang ini sahaja utk dijadikan tiket ke SYURGA kerana Allah pernah berkata : " Adakah kamu ingat (manusia) , kamu akan masuk ke Syurga , sedangkan kamu belum diuji oleh Allah ? " . Firman ini jelas menujukkan bahwa kita masih belum cukup menempuh ranjau kehidupan , sebagaimana yg ditempuh oleh sahabat2 Rasulullah yg diuji dgn pelbagai bentuk penyeksaan . Meskipun mereka ditentang , mereka masih teguh berdiri utk menyebarkan dakwah serta sentiasa berada di samping Rasulullah .

Janganlah kita berasa kecewa sekiranya kita tidak dpt merasai malam ini kerana mungkin Allah mahu menguji sejauh mana kesabaran umatnya yg benar2 mahu mencari keredhaan-Nya . REBUTLAH peluang ini . Ramadhan dtg hanya setahun sekali . Tersgtlah RUGI bagi org yg mensia2kan malam ini . Akhir kata , berlarilah kita , wahai manusia bagi mencari MALAM  LAILATULQADAR .





No comments:

Post a Comment